Kambing Boer Betina Untuk Dijual08.21.10

Salam kepada semua penternak dan pelawat Abbasy Agro. Semoda dapat menjalankan ibadah puasa dan amalan-amalan yang dituntut di sepanjang bulan Ramadhan ni, InsyaAllah.

Kami di Abbasy Agro Johor Farm mempunyai lebih 40 ekor kambing baka boer betina untuk dijual. Kambing di dalam lingkungan umur 8 – 15 bulan. Penternak yang berminat  boleh datang untuk melihat kambing di kandang Pekan Nanas. Sila hubungi no tel 019-776 1031 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Tags: ,

Posted in Abbasy Agro, kambingwith No Comments →

Benih Rumput Napier India Untuk Dijual08.07.10

Alhamdulillah operasi Abbasy Agro dalam bidang ternakan kambing masih berjalan dan semoga dapat bertahan mengharungi pelbagai cabaran. Perkembangan dalam penanaman rumput Napier India ini subur dengan baiknya. Aktiviti terbaru kami baru sahaja menambah lagi keluasan penanaman rumput Napier ini sebanyak 2 ekar lagi. Keadaan musim hujan ini membantu pertumbuhan rumput dengan baik. Namun ancaman makhluk perosak seperti babi hutan dan monyet sedikit merencatkan penanaman rumput Napier ini.

Untuk penanaman rumput India kali ini, kami cuba menanam menggunakan benih napier secara menanam sebatang benih napier secara baring. Kami menyusunnya secara panjang dan ini memerlukan penggunaan benih yang agak banyak. Berbanding sebelum ini yang mana kami menanam mengikut benih yang dipotong terlebih dahulu mengikut ruas. Kebaikan cara ini ia mengambil masa lebih cepat untuk ditanan dan banyak benih yang dapat tumbuh hidup. Penyelenggaraan rumput biasa lebih mudah diuruskan. Gambar berikut adalah hasil rumput yang tumbuh setelah sebulan ditanam.

Rumput napier India ini sangat diperlukan kepada semua penternak kambing dan lembu. Ini kerana kandungan proteinnya yang tinggi sangat diperlukan untuk tumbesaran kambing. Kepada penternak yang memerlukan benih Napier boleh menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan. Harga yang ditawarkan adalah cuma RM0.15 seruas. Untuk kuantiti banyak harga masih boleh dirunding. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehla menghubungi no tel 012-2689744 atau 019-7761031.  

 

Posted in Napier, kambingwith No Comments →

Mari kita tambahkan bilangan kambing Boer07.22.09

Salam sejahtera semua. Semoga usaha kalian dalam bidang penternakan kambing ini semakin berjaya dan dipermudahkan segala urusan.

Baru baca satu maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk kita renungi.

kambing-negeri

Bilangan kambing secara keseluruhan cuma meningkat sebanyak 3.9% dari tahun 2007 ke 2008. Kalau diperhatikan daripada jadual di bawah ini bilangan baka Boer meningkat sebanyak 11.4% pada  tahun 2008 berbanding 2007, begitu juga pertambahan 11.4% bagi baka Jamnapari.

statistik-boer

Insya Allah, suatu masa nanti, dipermurahkan rezeki,  ABBASY AGRO harap-harap tersenarai la dalam jadual ni

statistik-pengeluar-kambing

Tags: ,

Posted in kambingwith No Comments →

Sekitar Tapak Projek Kambing03.27.09

kandang 

kandang-2

kandang-3

 

Posted in kambingwith Comments Off

  • You Avatar