Tanaman Napier India

Posted in Napier, kambing on May 07, 2009

Projek penanaman rumput Napier India telah bermula pada awal April 2009 bagi memenuhi keperluan pemakanan kambing. Sebagai permulaan 5 ekar tanah telah digunakan dalam penanaman rumput Napier India ini.

Sebahagian daripada ruas batang Napier India yang perlu disemai terlebih dahulu sebelum ditanam. 

napier-india

Setelah 2 hari disemai, tunas baru dah naik, barulah kami tanam. Kami gunakan kaedah tanam secara baring.

benih-napier

Berikut adalah hasil setelah tempoh sebulan ditanam. Nampak rumput biasa naik bersama-sama dengan Napier India ni. Lepas ni kena merumput la.

ladang-napier-1-bulan

ladang-napier-1-bulan-2

 

napier-1-bulan-3

Benih rumput yang ditanam ni tak tumbuh secara sekata. Ada yang naik tinggi, ada yang tumbuh tunas baru yang lebih banyak, ada yang batangnya besar, dan yang sedihnya ada yang tak hidup. Kebanyakan benih tumbuh dalam tiga atau empat tunas baru.

Yang ni mata tunas baru bertambah lebih daripada lima. Kalau semua benih tumbuh cam ni kan best. Setakat ni kami cuma guna tahi kambing jer sebagai baja

napier-1-bulan

Sekarang dalam proses merumput, tengok cam mana perkembangannya dalam sebulan lagi. Harap-harap rumput Napier ni semakin subur. Kenyangla kambingku nanti

sdc11242

sdc11244

Comments are closed.


  • You Avatar