Pengenalan Abbasy Agro

Posted in Abbasy Agro on Mar 18, 2009

ABBASY AGRO ditubuhkan dengan memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan penternakan. Abbasy yang membawa maksud “berusaha” merupakan motto syarikat kami supaya kami sentiasa gigih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam bidang pertanian ini. Semoga usaha kami mendapat kejayaan dan diberkati oleh Allah S.W.T. Insyaallah.

Pada masa ini ABBASY AGRO memberi tumpuan dalam bidang penternakan lintah bagi memenuhi keperluan lintah untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan juga menyediakan keperluan penternak sedia ada.

ABBASY AGRO juga sedang menjalankan penternakan kambing yang mana akan menumpukan permintaan kambing akikah dan korban serta projek pembakaan kambing boer. Semoga usaha ABBASY AGRO ini mendapat sokongan dan bantuan dari rakan-rakan penternak sekalian.

 

Leave a Reply


  • You Avatar