Projek Pembakaan Boer Bermula

Posted in kambing on Mar 27, 2009

Akhirnya perancangan kami untuk membela dan membiak kambing dapat dijalankan dengan kehadiran sekor pejantan fullbload boer dengan 19 ekor lagi boer F3/F4. Bermulanya era kami sebagai gembala kambing. Setakat ini Alhamdulillah kambing kami semua dalam keadaan sihat, memandangkan kambing ini sudah serasi dengan cuaca disini. Sebahagian daripada kambing ini sudah bunting dan dijangka kami akan menerima kehadiran anak sulung kambing kami di Pekan Nanas ini.

 

abbasyagro1

Dalam tempoh 6 bulan pertama projek penternakan kambing ini, matlamat kami adalah untuk mengenal kehidupan kambing itu sendiri, sudah pasti faktor pemakanan kambing menjadi tumpuan dan juga bagaimana mengubati penyakit-penyakit kambing ini. Di samping itu aspek pengurusan akan diperkemaskan.

 

Kambing-kambing ini kami beli melalui Agro Gemilang di Melaka. Terima kasih kepada Abang Hamdan,  Kak Norsiah dan Encik Azli kerana sudi membantu kami dan memberi khidmat nasihat mendapatkan induk yang baik sebagai permulangan projek kami ini.

 

 

 

 

abbasyagro3abbasyagro2

 

Leave a Reply


  • You Avatar