Benih Rumput Napier India Untuk Dijual • 08.07.10
Alhamdulillah operasi Abbasy Agro dalam bidang ternakan kambing masih berjalan dan semoga dapat bertahan mengharungi pelbagai cabaran. Perkembangan dalam penanaman rumput Napier India ini subur dengan baiknya. Aktiviti terbaru kami baru sahaja menambah lagi keluasan penanaman rumput Napier ini sebanyak 2 ekar lagi. Keadaan musim hujan ini membantu pertumbuhan rumput dengan baik. Namun ancaman makhluk perosak seperti babi hutan dan monyet sedikit merencatkan penanaman rumput Napier ini.
Untuk penanaman rumput India kali ini, kami cuba menanam menggunakan benih napier secara menanam sebatang benih napier secara baring. Kami menyusunnya secara panjang dan ini memerlukan penggunaan benih yang agak banyak. Berbanding sebelum ini yang mana kami menanam mengikut benih yang dipotong terlebih dahulu mengikut ruas. Kebaikan cara ini ia mengambil masa lebih cepat untuk ditanan dan banyak benih yang dapat tumbuh hidup. Penyelenggaraan rumput biasa lebih mudah diuruskan. Gambar berikut adalah hasil rumput yang tumbuh setelah sebulan ditanam.
Rumput napier India ini sangat diperlukan kepada semua penternak kambing dan lembu. Ini kerana kandungan proteinnya yang tinggi sangat diperlukan untuk tumbesaran kambing. Kepada penternak yang memerlukan benih Napier boleh menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan. Harga yang ditawarkan adalah cuma RM0.15 seruas. Untuk kuantiti banyak harga masih boleh dirunding. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehla menghubungi no tel 012-2689744 atau 019-7761031.




















