Archive for the ‘Abbasy Agro’

Kambing Boer Betina Untuk Dijual08.21.10

Salam kepada semua penternak dan pelawat Abbasy Agro. Semoda dapat menjalankan ibadah puasa dan amalan-amalan yang dituntut di sepanjang bulan Ramadhan ni, InsyaAllah.

Kami di Abbasy Agro Johor Farm mempunyai lebih 40 ekor kambing baka boer betina untuk dijual. Kambing di dalam lingkungan umur 8 – 15 bulan. Penternak yang berminat  boleh datang untuk melihat kambing di kandang Pekan Nanas. Sila hubungi no tel 019-776 1031 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

Tags: ,

Posted in Abbasy Agro, kambingwith No Comments →

Papan Tanda Abbasy Agro03.27.09

papan-tanda-depan1

Dengan adanya papan tanda ini memudahkan para pengunjung datang melihat projek ternakan kambing dan lintah kami. Selain daripada tunjuk arah, ia juga boleh berfungsi sebagai ruang iklan memasarkan produk kami

Posted in Abbasy Agrowith No Comments →

Pengenalan Abbasy Agro03.18.09

ABBASY AGRO ditubuhkan dengan memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan penternakan. Abbasy yang membawa maksud “berusaha” merupakan motto syarikat kami supaya kami sentiasa gigih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam bidang pertanian ini. Semoga usaha kami mendapat kejayaan dan diberkati oleh Allah S.W.T. Insyaallah.

Pada masa ini ABBASY AGRO memberi tumpuan dalam bidang penternakan lintah bagi memenuhi keperluan lintah untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan juga menyediakan keperluan penternak sedia ada.

ABBASY AGRO juga sedang menjalankan penternakan kambing yang mana akan menumpukan permintaan kambing akikah dan korban serta projek pembakaan kambing boer. Semoga usaha ABBASY AGRO ini mendapat sokongan dan bantuan dari rakan-rakan penternak sekalian.

 

Posted in Abbasy Agrowith No Comments →

  • You Avatar