

Salam kepada semua penternak dan pelawat Abbasy Agro. Semoda dapat menjalankan ibadah puasa dan amalan-amalan yang dituntut di sepanjang bulan Ramadhan ni, InsyaAllah.
Kami di Abbasy Agro Johor Farm mempunyai lebih 40 ekor kambing baka boer betina untuk dijual. Kambing di dalam lingkungan umur 8 – 15 bulan. Penternak yang berminat boleh datang untuk melihat kambing di kandang Pekan Nanas. Sila hubungi no tel 019-776 1031 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.
Posted in Abbasy Agro, kambingwith No Comments →

Alhamdulillah operasi Abbasy Agro dalam bidang ternakan kambing masih berjalan dan semoga dapat bertahan mengharungi pelbagai cabaran. Perkembangan dalam penanaman rumput Napier India ini subur dengan baiknya. Aktiviti terbaru kami baru sahaja menambah lagi keluasan penanaman rumput Napier ini sebanyak 2 ekar lagi. Keadaan musim hujan ini membantu pertumbuhan rumput dengan baik. Namun ancaman makhluk perosak seperti babi hutan dan monyet sedikit merencatkan penanaman rumput Napier ini.
Untuk penanaman rumput India kali ini, kami cuba menanam menggunakan benih napier secara menanam sebatang benih napier secara baring. Kami menyusunnya secara panjang dan ini memerlukan penggunaan benih yang agak banyak. Berbanding sebelum ini yang mana kami menanam mengikut benih yang dipotong terlebih dahulu mengikut ruas. Kebaikan cara ini ia mengambil masa lebih cepat untuk ditanan dan banyak benih yang dapat tumbuh hidup. Penyelenggaraan rumput biasa lebih mudah diuruskan. Gambar berikut adalah hasil rumput yang tumbuh setelah sebulan ditanam.



Rumput napier India ini sangat diperlukan kepada semua penternak kambing dan lembu. Ini kerana kandungan proteinnya yang tinggi sangat diperlukan untuk tumbesaran kambing. Kepada penternak yang memerlukan benih Napier boleh menghubungi kami untuk mendapatkan bekalan. Harga yang ditawarkan adalah cuma RM0.15 seruas. Untuk kuantiti banyak harga masih boleh dirunding. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehla menghubungi no tel 012-2689744 atau 019-7761031.


Posted in Napier, kambingwith No Comments →
Syarat wajib zakat adalah
- 1. Beragama Islam
- 2. Merdeka
- 3. Sempurna milik
- 4. Cukup haul
- 5. Cukup nisab
Tambahan bagi zakat ternakan adalah
- 6. Dipelihara di padang ternakan
- 7. Tidak diguna untuk bekerja
Sifir Pengiraan Zakat Ternakan Bagi Kambing
|
|
Kadar Zakat
|
|
Nisab
|
Jumlah
|
Jantina
|
Umur
|
|
40 – 120
|
1
|
Jantan/Betina
|
1 tahun
|
|
121 – 200
|
2
|
Jantan/Betina
|
1 tahun
|
|
201 – 300
|
3
|
Jantan/Betina
|
1 tahun
|
|
301 – 400
|
4
|
Jantan/Betina
|
1 tahun
|
Posted in kambingwith No Comments →
Salam sejahtera semua. Semoga usaha kalian dalam bidang penternakan kambing ini semakin berjaya dan dipermudahkan segala urusan.
Baru baca satu maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk kita renungi.

Bilangan kambing secara keseluruhan cuma meningkat sebanyak 3.9% dari tahun 2007 ke 2008. Kalau diperhatikan daripada jadual di bawah ini bilangan baka Boer meningkat sebanyak 11.4% pada tahun 2008 berbanding 2007, begitu juga pertambahan 11.4% bagi baka Jamnapari.

Insya Allah, suatu masa nanti, dipermurahkan rezeki, ABBASY AGRO harap-harap tersenarai la dalam jadual ni

Posted in kambingwith No Comments →
Posted in Napierwith Comments Off
Alhamdullillah setakat ni projek masih lagi mampu bertahan. Harap-harap masalah pengurusan mahupun kewangan dapat dikurangkan. Masalah yang dihadapi oleh rakan ternak yang lain seperti kekurangan modal ataupun pengurusan akan dijadikan sebagai ingatan. Malah kejadian kecurian kambing, dah banyak dengar dalam bulan ni, juga perlu berhati-hati.
Projek kambing sekarang sudah bertambah dengan pertambahan anak-anak kambing juga tambahan induk yang baru dibeli. Pejantan yang power juga dah dibeli. Thanks to brother Zizan dan Sukor dari Pbramunia dan Dusunagro yang memudahkan segala urusan pembelian kambing ni. Ni beberapa gambar pejantan yg dibeli tu


Beberapa gambar sekitar perkembangan Projek untuk tatapan peminat kambing Abbasy Agro



Sebahagian anak-anak kambing di kandang Abbasy Agro





Cam biasa time kambing makan la paling best tengok


Posted in kambingwith Comments Off
Projek penanaman rumput Napier India telah bermula pada awal April 2009 bagi memenuhi keperluan pemakanan kambing. Sebagai permulaan 5 ekar tanah telah digunakan dalam penanaman rumput Napier India ini.
Sebahagian daripada ruas batang Napier India yang perlu disemai terlebih dahulu sebelum ditanam.

Setelah 2 hari disemai, tunas baru dah naik, barulah kami tanam. Kami gunakan kaedah tanam secara baring.

Berikut adalah hasil setelah tempoh sebulan ditanam. Nampak rumput biasa naik bersama-sama dengan Napier India ni. Lepas ni kena merumput la.



Benih rumput yang ditanam ni tak tumbuh secara sekata. Ada yang naik tinggi, ada yang tumbuh tunas baru yang lebih banyak, ada yang batangnya besar, dan yang sedihnya ada yang tak hidup. Kebanyakan benih tumbuh dalam tiga atau empat tunas baru.
Yang ni mata tunas baru bertambah lebih daripada lima. Kalau semua benih tumbuh cam ni kan best. Setakat ni kami cuma guna tahi kambing jer sebagai baja

Sekarang dalam proses merumput, tengok cam mana perkembangannya dalam sebulan lagi. Harap-harap rumput Napier ni semakin subur. Kenyangla kambingku nanti


Posted in Napier, kambingwith Comments Off
Akhirnya perancangan kami untuk membela dan membiak kambing dapat dijalankan dengan kehadiran sekor pejantan fullbload boer dengan 19 ekor lagi boer F3/F4. Bermulanya era kami sebagai gembala kambing. Setakat ini Alhamdulillah kambing kami semua dalam keadaan sihat, memandangkan kambing ini sudah serasi dengan cuaca disini. Sebahagian daripada kambing ini sudah bunting dan dijangka kami akan menerima kehadiran anak sulung kambing kami di Pekan Nanas ini.

Dalam tempoh 6 bulan pertama projek penternakan kambing ini, matlamat kami adalah untuk mengenal kehidupan kambing itu sendiri, sudah pasti faktor pemakanan kambing menjadi tumpuan dan juga bagaimana mengubati penyakit-penyakit kambing ini. Di samping itu aspek pengurusan akan diperkemaskan.
Kambing-kambing ini kami beli melalui Agro Gemilang di Melaka. Terima kasih kepada Abang Hamdan, Kak Norsiah dan Encik Azli kerana sudi membantu kami dan memberi khidmat nasihat mendapatkan induk yang baik sebagai permulangan projek kami ini.


Posted in kambingwith No Comments →

Dengan adanya papan tanda ini memudahkan para pengunjung datang melihat projek ternakan kambing dan lintah kami. Selain daripada tunjuk arah, ia juga boleh berfungsi sebagai ruang iklan memasarkan produk kami
Posted in Abbasy Agrowith No Comments →
Posted in kambingwith Comments Off